5 makanan yang istimewa di Malaysia (Perak)

Nak makan sedap dan padu?? di sini ada....


Antaranya ialah:


1) Nasi Ganja : Restoran Yong Suan
  • Nasi ganja yong suan amat digemari oleh warga ipoh dan luar ipoh,mereka yang mahukan nasi ganja yang terbaik di perak pasti akan berkunjung ke sini dan adakalanya akan beratur dalam jangka masa panjang dan siapa yang mahu makan di situ pasti akan padat kerana orang yang ramai menyebabkan sukar untuk mendapatkan tempat duduk.
  • Anda tidak akan  menyesal dengan kelazatan makanannya kerana pada suapanpertamamembuat anda rasa suka.Harga yang ditawarkan mengikut kuantiti makanan.
  • Restoran ini dibuka pada jam 11 pagi hingga 3.30 petang
2.Nasi Lemak Ayam Kg Ipoh




  • Nasi lemak ayam kampung ipoh adalah nasi lemak yang terbaik di ipoh kerana nasinya yang penuh lemak membuatkan nasi itu sedap.Warga penduduk luar ipoh pasti akan merasai makanan ini apabila berkunjung di ipoh.
  • Harga ditawarkan bagi sepinggan nasi lemak ayam kampung ini adalah rm6.
  • Restoran ini beroperasi pada jam 10 pagi hingga 10 malam

3. Food Truck Garden Meru,Ipoh


  • Foodtruck garden meru menyediakan pelbagai jenis makanan dari makanan melayu hingga barat. Tempat makan yang berkonsepkan santai membuatkan ramai orang tertarik untuk makan situ.Makanan yang disediakan juga berkualiti dan sedap.
  • Harga yang ditawarkan adalah mampu milik.
  • Foodtruck akan mula beroperasi pada jam 6.30 petang hingga 12 malam

4. Mee udang ketam sempoi diraja (51, Lorong Sungai Choh 10, 31250 Ipoh, Perak, Malaysi.)



  • Mee yang fresh tidak rasa kembang tekak),kenyal dan terasa nyamannya, udang dan ketam yang sangat fresh, terasa kemanisannya.Datang ke perak,mesti kene cuba! Wajib tapau lepas makan kat situ.
  • Harga yang ditawarkan mengikut saiz udang atau ketam yang diminta.
  • Premis ini dibuka pada 12 tengah hari hingga 10 malam

5. Laksa Sarang Burung Pokok Limau (Kuala Kangsar)



  • Ini adalah laksa sarang yang pertama di perak,disebabkan keasliannya ramai pengunjung akan mencari laksa sarang ini di sekitar perak kerana kesedapannya. Laksa sarang ini juga mudah didapati kerana sudah mempunyai cawangan dan foodtuck mereka sendiri.
  • Harga bagi semangkuk laksa sarang ini adalah rm5.
  • Restoran ini mula beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 7 petang

Comments