Antara tempat menarik di perak




2019



Naz Travel Sdn Bhd 

Pakej percutian di Perak dengan harga serendah RM150

  • 2 hari 1 malam
  • Casuarina Meru
  • Potongan harga bagi setiap harga sebanyak 5%
Moh kite ke perak



Antara tempat yang anda akan lawati adalah :

1) Kellies Castle 

  • Walaupun telah berusia 107, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit. Sebut saja Kelli's Castle pasti  ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. Menarik bukan?
  • Harga bagi kanak-kanak adalah RM3 dan dewasa RM8

2. Lostworld Of Tambun



  • Di sini kita boleh meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti menarik di taman air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay. Malah orang ramai boleh berhibur di taman tema kering, bermain dengan haiwan di Petting Zoo dan melihat harimau Siberia di Tiger Valley. Sesuai sangat untuk beraktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan.
  • Harga yang ditawarkan bagi kanak-kanak adalah RM25 dan RM 45 bagi dewasa

3. Sungai Klah Hotspring


  • Tempatnya yang berkonsepkan alam flora dan fauna sebagai salah satu faktor utama para pelancong dari pelbagai negeri datang dan merasai sendiri pengalaman mereka di sini
  • Tidak dapat dinafikan pemandangan sekitar Sungai Klah ni memang cantik. Untuk pengetahuan anda semua, Sungai Klah ini bukan hanya tertumpu kepada kolam air panas saja. Ada banyak lagi tarikan yang terdapat di sini antaranya ialah taman tema air. 
  • Malangnya, terlampau excited mandi sampai terlupa untuk ambil gambar. Haaa. Dekat situ pun dah bagi gambaran macam mana bestnya taman tema air dekat sini. Simple saja tapi memang berbaloi dan memuaskan hati mereka yang datang dari jauh. 

  1. Dewasa RM 10
  2. Kanak-Kanak RM5
  3. Warga Emas RM4
  4. Orang Kelainan Upaya percuma


4. Taman Rekreasi Gunung Lang



  • Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh yang dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah menerusi peruntukan sebanyak RM8.4 juta, malah ia kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara.
  • Pembangunan tersebut merangkumi komponen laluan pejalan kaki, menara pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia.
  • Harga bagi tambang bot adalah RM4 untuk dewasa dan percuma bagi kanak-kanak.

5. Zoo Taiping

Zoo 


  • Terdapat pelbagai haiwan di zoo taiping yang anda boleh lawati dan memberi makanan.Tempat ini sesuai untuk aktiviti keluarga untuk mengenali lebih mengenai haiwan.Haiwan dijaga rapi oleh pihak pengurusan zoo taiping.
  • Harga yang dikenakan RM13 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak.

Comments